Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Tiga Maut Bangunan Runtuh Di Lucknow

Kongsikan Artikel Ini

LUCKNOW, 25 Jan – Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di India, kata pegawai pada lewat Selasa (24 Jan).

Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak berkata tiga orang maut dalam runtuhan yang berlaku di utara bandar Lucknow.

Ketua Polis Uttar Pradesh, Devendra Singh Chauhan berkata runtuhan terbabit disebabkan kesan akibat gempa bumi yang berlaku sehari sebelumnya.

Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter melanda barat Nepal Selasa lalu, sekitar 440 kilometer dari Lucknow.

“30 hingga 35 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan berkenaan”, katanya kepada pemberita.

Pasukan polis, dan pasukan bencana India masih lagi meneruskan pencarian mangsa, katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Menteri, Yogi Adityanath mengarahkan semua hospital di Uttar Pradesh berada dalam keadaan siap sedia bagi segala kemungkinan.

Menurut data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, 1,630 orang terbunuh akibat runtuhan struktur bangunan sejak 2021.

Kejadian terbaru itu berlaku hanya beberapa minggu selepas pihak berkuasa di Joshimath, salah sebuah bandar suci di India menimbulkan kebimbangan penduduk selepas ratusan rumah mengalami keretakan struktur.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER