Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Rafizi Yakin OPR Boleh Kekal Bagi Kawal Kadar Inflasi

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 25 Jan – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada paras 2.75 sekiranya kedudukan inflasi negara terus mereda dan mungkin mampu mengawal kadar inflasi.

Jelasnya, semua pihak termasuk pengguna perlu memainkan peranan dalam menentukan kadar inflasi.

“Harga makanan dan minuman siap yang dibeli di hotel, restoran dan kedai makan merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan inflasi,” ujar beliau menerusi sidang akhbar di kementeriannya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada kenaikan OPR memberi kesan kepada inflasi.

“Saya tidak pasti kenaikan OPR signifikan kepada kadar inflasi jika ia dikekalkan.

“Namun jika kadar inflasi boleh reda pada bulan ini dan Februari, OPR boleh dikekalkan.

Menurutnya, sekiranya kadar inflasi mencecah 3.2 peratus pada April, secara mikroekonomi, harga harga barang mentah dan lain akan menunjukkan penurunan namun pengguna masih membayar pada harga biasa.

“Bagi bulan ini, kalau inflasi tidak turun kerana ada sambutan Tahun Baru Cina, kita berharap kadarnya akan kekal dan mula turun pada bulan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, kadar inflasi negara pada tahun lalu adalah 3.3 peratus, lebih tinggi dua peratus daripada tahun sebelumnya.

“Walaupun semua komponen lain dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) menurun secara sederhana, harga makanan dan minuman telah meningkat lebih tinggi.

“Apabila kos bahan mentah meningkat dua peratus, kenaikan harga di restoran, hotel dan lain-lain meningkat sebanyak tujuh peratus iaitu lebih tiga kali ganda kenaikan barangan mentah,” katanya.

Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut sejak Mei tahun lalu.

Kenaikan OPR bermula pada Mei, Julai, September dan November dengan peningkatan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER