Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

‘Pengurusan Harga Barang Keutamaan Kementerian Ekonomi’ – Rafizi

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 25 Jan – Aspek pengurusan harga barang di pasaran yang dilihat memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat merupakan antara tumpuan utama Kementerian Ekonomi, kata Menterinya, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi negara, ada dua perkara berkaitan ekonomi yang amat penting dalam kalangan rakyat pada masa ini iaitu isu harga barang dan gaji.

“Ada orang bertanya kenapa Kementerian Ekonomi bercerita harga barang sebab selalunya kementerian ini sibuk dengan cerita projek besar, unjuran 10 tahun dan sebagainya.

“Walaupun kerja ini nampak selalunya dipermainkan, inilah yang ada kesan paling besar kepada rakyat,” katanya dalam sidang media berhubung penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022, di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya pihak pembangkang mahu terus memainkan isu inflasi dan harga barang, itu terpulang kepada penilaian masing-masing.

“Saya yakin rakyat kita cerdik. Mereka tahu angka, boleh bandingkan apa yang berlaku setahun dua yang lepas.

“Sebab itu usaha untuk kita menguruskan harga barangan itu perlulah berterusan dan perlu berkomunikasi dengan rakyat dari satu bulan ke satu bulan supaya rakyat tahu kita sedang mencuba yang terbaik dengan segala yang kita ada. Cuma ada perkara yang boleh dibuat cepat, ada yang ambil masa,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER