Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Pengakuan Hadi Awang Cerahkan Petisyen Umno Beroleh Kemenangan?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 25 Jan – Daripada sudut yang lain, “fatwa politik” Presiden Pas, Hadi Awang bahawa memberi wang kepada pengundi ketika kempen pilihan raya adalah sedekah dan bukan rasuah, dengan jelas merupakan suatu pengakuan amalan itu memang dilakukan parti tersebut.

Berikutan ia pula dikeluarkan susulan tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen terhadap keputusan PRU15 lalu bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu, ia juga suatu pengesahan perbuatan memberi wang kepada pengundi memang berlaku sekurang-kurangnya di ketiga-tiga kawasan terbabit.

Jika tidak, mengapa Hadi dengan selamba mengatakan memberi wang kepada pengundi adalah sedekah dan bukan rasuah?

Tetapi, tahukah Hadi bahawa perbuatan memberi wang ketika kempen pilihan raya adalah suatu perbuatan rasuah dan menyogok pengundi serta suatu kesalahan dalam undang-undang pilihan raya?

Kalau mahu bersedekah, kenapa tidak melakukannya di luar waktu kempen?

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said mengesahkan pihaknya telah memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 lalu membabitkan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Ahmad berkata, petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari itu dibuat kerana berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.

Dakwanya lagi, pengagihan wang sebenarnya turut berlaku di lapan kawasan Parlimen di Terengganu, namun disebabkan kesukaran mendapatkan saksi, hanya tiga petisyen dapat difailkan buat masa ini.

Bersama kenyataan Hadi itu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin juga mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan memberi gambaran bukan suatu kesalahan memberi wang kepada pengundi.

Katanya, apabila kita bercakap tentang memberi wang, niat adalah lebih penting mengenai perkara itu.

“Saya fikir kita perlu berhati-hati berkenaan niat mengapa wang diberikan dan juga orang yang memintanya,” katanya lagi.

Makna kata, petisyen UMNO Terengganu itu sudah ada merit untuk mendapat kemenangan di mahkamah nanti.

Mungkin kena kerja lebih sikit, berdasarkan pengakuan Hadi itu juga, tidak bolehkah BN dan PH berusaha mencari bukti berlakunya amalan memberi wang di semua kerusi yang dimenangi Pas pada PRU15?

Entah-entah semua kerusi dimenangi parti itu hanya kerana wang, bukan disebabkan perjuangan?

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER