Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

NTSB Tegur Ethiopia Laporan Akhir Salah

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 25 Jan – Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) menegur kesalahan laporan akhir Ethiopia mengenai nahas Boeing 737 MAX pada Mac 2019.

NTSB juga menegur mengenai penyiasat tidak menangani prestasi kru penerbangan dengan secukupnya.

Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy, berkata Biro Penyiasatan Pesawat Ethiopia (EAIB) telah membuat kesilapan dalam laporannya.

“Kami rasa apa yang mereka tidak lakukan adalah benar-benar menyelidiki isu prestasi kru penerbangan dan sama ada mereka telah bersedia secukupnya. Ia tidak menyeluruh dan teguh seperti yang sepatutnya.

Homendy berkata, NTSB tidak diberi peluang untuk menyemak atau mengulas laporan akhir Ethiopia sebelum ia diumumkan bulan lalu, pelanggaran peraturan yang diawasi oleh agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ICAO yang berpangkalan di Montreal.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini yang mana di bawah ICAO kami mendapat hak untuk menyemak laporan dan memberikan ulasan,” katanya.

Komen NTSB yang dikeluarkan Disember lalu adalah sebagai tindak balas kepada draf awal yang disemak oleh lembaga berkenaan.

Menurut NTSB, sebelum ini pemeriksa Ethiopia yang menyiasat punca nahas Mac 2019 Ethiopian Airlines yang mengorbankan 157 orang tidak memberi perhatian yang cukup kepada latihan anak kapal dan prosedur kecemasan dalam laporan mereka.

EAIB menyalahkan kemalangan itu berpunca daripada input ‘tanpa arahan’ daripada Sistem Penambahan Ciri-Ciri Manuver (MCAS).

Biro itu tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

“Input yang disebabkan oleh data yang rosak dari Sensor AOA, menyebabkan muncung pesawat jatuh berulang kali.

“Perkara itu menyebabkan kehilangan kawalan ketika juruterbang cuba menangani beberapa amaran di dalam kabin,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan bulan lalu.

Menurut NTSB, penemuan laporan Ethiopia bahawa masalah elektrik pesawat menyebabkan pengeluaran AOA yang salah tidak disokong oleh bukti.

“Didapati pengesan output yang salah mungkin disebabkan oleh serangan burung sejurus selepas berlepas dari Addis Ababa.

“Melalui laporan Ethiopia mendapati dokumentasi MCAS untuk kru penerbangan adalah mengelirukan kerana Boeing telah memberikan maklumat kepada semua pengendali 737 MAX empat bulan sebelum nahas Ethiopian Airlines,” katanya.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER