Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Lebih 670 Ribu Pengguna SESB Bakal Terima Rebat Bil Elektrik

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 25 Jan – Seramai 672,624 pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima 2.5 peratus rebat daripada jumlah deposit elektrik yang telah dibayar mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata pemulangan rebat berjumlah RM9.1 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada bulan ini dan Februari ini melibatkan semua pengguna yang membuat pembayaran deposit secara tunai di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Faedah ini seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran deposit itu adalah sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

Mohd Yaakob berkata penambahan deposit hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi enam bulan berbanding deposit sedia ada, dan akan disemak setiap enam bulan.

Katanya pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya memerlukan penjelasan atau pengguna boleh muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan SESB.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSUBANG JAYA, 31 Jan – Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh negara menyifatkan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan siap masak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER