Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

KEADILAN Kelantan Gesa SPRM Siasat Rasuah Bukan Ikut Pemahaman Presiden Pas

Kongsikan Artikel Ini

KOTA BHARU, 25 Jan – Pengarah Komunikasi KEADILAN Kelantan, Rahimi L.Muhamud meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang semata-mata.

Memetik laporan berita sebelum ini, Rahimi berkata, rasuah tetap rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk mentafsirkannya kerana undang-undang jelas menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi sebagai salah satu bentuk sogokan.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak, atau parti politik secara sedar atau tidak dengan niat atau tanpa niat, menawarkannya atau tidak,” katanya.

Rahimi yang juga bekas calon PRU-15 bagi Parlimen Ketereh dari KEADILAN berkata, Seksyen 10 (a) jelas mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi yang dipetik sebagai berkata, mereka yang dirakam dalam video yang tular di media sosial yang dilihat menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan ‘kerja amal’.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

Namun begitu, Rahimi mengingatkan Abdul Hadi bahawa pemberian wang tunai kepada pengundi untuk ‘membeli undi’ semasa pilihan raya umum bukan sedekah, sebaliknya berbentuk sogokan atau rasuah sama ada beliau sedar atau tidak yang ia merupakan satu kesalahan tanpa mengira siapa pun yang menawarkannya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, istilah dan konsep sedekah tidak mempunyai unsur timbal balas jika pihak berkenaan benar-benar ikhlas memberi kepada individu atau kelompok yang memerlukannya.

Rahimi juga menasihatkan Abdul Hadi agar berhenti mencari dalil untuk menghalalkan rasuah kepada pengundi kerana sekiranya rasuah ini dikira halal, ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju?

“Dan sebelum pilihan raya atau semasa dalam kerajaan, untuk beri sedekah ini, mereka ambil rasuah dari projek kerajaan untuk guna duit itu bagi tujuan merasuah dan ‘sedekah’ pengundi untuk menang pilihan raya untuk membentuk kerajaan dan mendapat jawatan kerajaan,” katanya.


Beliau juga berkata, negara memerlukan reformasi berhubung pendanaan kepada parti-parti politik supaya golongan muda tidak terlibat dalam politik wang atau seumpamanya jika mempunyai niat dan perjuangan yang baik tanpa perlu mengambil jalan rasuah.

“Jika tidak, hanya orang-orang kaya atau perasuah boleh berjaya dalam politik dan menentukan dasar-dasar untuk rakyat dan negara. Orang yang ikhlas, baik dan tidak kaya raya tidak berpeluang melawan duit ‘sedekah’ perasuah-perasuah kaya untuk berjaya dalam politik. Dan inikah Islam yang sedang dibawa oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN)?,” soal beliau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER