Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Oxford Economics Jangka Tiada Lagi Kenaikan OPR

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan akan meneruskan pendirian untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk sepanjang 2023, dengan tinjauan ekonomi yang semakin kurang memberangsangkan dan tekanan inflasi bertambah reda.

Ahli Ekonomi Kanan Oxford Economics, Alex Holmes, berkata tinjauan suram itu bermakna, Bank Negara Malaysia (BNM) yang minggu lalu mengekalkan OPR pada 2.75 peratus buat kali pertama dalam lima mesyuarat monetari, semakin kekurangan insentif untuk meneruskan langkah mengetatkan dasar pada tahun ini.

“Data terkini mendedahkan bahawa pertumbuhan semakin pudar, dan kami menjangkakan momentum akan terus merosot apabila permintaan global yang melemah akan menyaksikan eksport terus jatuh,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Beliau berkata, perkembangan dalam beberapa bulan akan datang juga menujukkan sokongan bagi langkah memperketatkan dasar semakin meragukan.

“Pertama, pertumbuhan ekonomi sedang mengalami penurunan dan dijangka terus perlahan. Data bulanan membayangkan satu lagi penurunan berterusan pada suku keempat, selepas perbelanjaan swasta yang menguncup menyebabkan pertumbuhan perlahan pada suku ketiga,” katanya.

Holmes menambah, persekitaran luar mencabar, dengan nilai eksport barangan susut lima peratus pada Disember 2022 berbanding sebelumnya dan prestasi sukuan pula jatuh kira-kira 10 peratus, memberi kesan terhadap industri dengan pengeluaran pembuatan juga merosot mendadak mulai suku ketiga lalu.

“Kami menjangkakan eksport akan terus susut dalam suku-suku tahun berikutnya apabila permintaan dari pasaran eksport utama mulai pudar. Penurunan pendapatan eksport berkemungkinan menyebabkan pasaran tenaga kerja yang dan pelaburan yang lebih lemah, sekali gus mengehadkan permintaan domestik.

“Kami menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2.7 peratus pada 2023, jauh di bawah unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 hingga 5.0 peratus,” katanya.

Beliau berkata, faktor kedua yang memungkinkan OPR kekal adalah tekanan harga yang semakin mereda.

“Walaupun tinjuan inflasi amat bergantung kepada sebarang perubahan dalam dasar subsidi domestik, pengiraan asas kami sudah pun mengambil kita sebahagian rasionalisasi subsidi bahan api tahun ini.

“Ini pada pandangan kami tidak akan menghalang inflasi untuk turun kepada 3.5 peratus pada suku pertama dan di bawah 2.0 peratus menjelang separuh kedua tahun ini,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER