Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PM Anwar Lawat Brunei Dua Hari Bermula Esok

SUBANG, 28 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, hari ini.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsikan Artikel Ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei selama dua hari, bermula esok.

Ia merupakan lawatan rasmi ke luar negeri kedua buat Anwar, sejak memegang jawatan perdana menteri.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perdana menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kira-kira 3.30 petang esok.

Beliau berkata perdana menteri akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

“Pada hari kedua lawatan, perdana menteri dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, dan kedua-dua pemimpin kemudiannya akan mengadakan pertemuan empat mata,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana menteri dan Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Pertemuan itu akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang dihoskan Sultan Brunei.

Dalam lawatan itu, perdana menteri diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Zambry, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER