Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Bekas ADUN Meru Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman meninggal dunia pada usia 65 tahun awal pagi tadi.

Maklumat itu dikongsikan menerusi kemas kini di Facebook Pas Selangor sebentar tadi.

Difahamkam, Allahyarham yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilaporkan meninggal dunia jam 5 pagi di Hospital Banting, Selangor.

Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Nushi Mahfodz menerusi kenyataan di Facebook Pas Selangor, mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.

“Pemergian beliau amat dirasai oleh kita semua kerana jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat di negeri Selangor sepanjang perkhidmatannya.

“Semoga keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi kehilangan ini dan didoakan rohnya bersama para pejuang dan solihin di akhirat kelak,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham menjadi ADUN Meru dari 2008 hingga 2018 sementara Pesuruhjaya Pas disandang beliau pada 2011 hingga 2013.

Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru.

Beliau meninggalkan isteri, Afidah Anum dan lima anak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 31 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Jan – Bantahan awal Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan dua yang lain terhadap petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jan – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kekosongan jawatan Exco Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER