Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rafizi Imbau Kenangan Tahun Baharu Cina Bersama Guru Paling Rapat Di MCKK

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengimbau kembali kenangan beliau semasa menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak bersama salah seorang guru beliau yang paling rapat ketika itu.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini, beliau bernasib baik kerana dapat berinteraksi dan berkawan dengan sahabat-sahabat berbilang kaum sejak kecil, walaupun bersekolah rendah di Kemaman, Terengganu yang kurang penduduk berbangsa Tionghua.

Di MCKK, tambahnya, beliau rapat dengan Ms Liew Lai Chun yang mengajar matapelajaran Kimia yang telah bersara dan kini menetap di Taiping, Perak meskipun pelajar di sana 100 peratus orang Melayu.

“Selamat Tahun Baru Cina dari saya dan keluarga kepada semua sahabat dari kaum Tionghua yang merayakan.

“Lumrah manusia tidak menyukai atau sangsi kepada perkara yang kita tidak tahu. Saya bernasib baik kerana saya berinteraksi dan berkawan dengan sahabat-sahabat berbilang kaum sejak saya kecil, walaupun saya bersekolah rendah di Kemaman (yang tidak ramai penduduk dari kaum Tionghua),” katanya menerusi catatan di Facebook.

“Di Kuala Kangsar, walaupun saya bersekolah di asrama penuh yang 100% Melayu, saya rapat dengan guru-guru yang pelbagai bangsa. Salah seorang guru yang paling rapat dengan kami adalah Ms Liew Lai Chun yang mengajar Kimia (kini bersara di Taiping),” tambahnya.

“Sudah tentu ramai juga di kalangan kita yang kurang arif mengenai budaya memberi dan menerima limau mandarin semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ia melambangkan kesejahteraan dan rezeki yang lebih baik kerana limau mandarin dalam dialek Mandarin-Kantonis berbunyi “kam” (yang bunyinya bermasuk emas dalam dialek yang sama),” katanya.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi menyeru seluruh rakyat Malaysia agar belajar dari pengalaman masing-masing supaya kita tidak disempitkan dengan sentimen kebencian dan kemarahan kerana kita tidak saling memahami sesama kaum.

“Sama-sama kita belajar dari pengalaman dan ilmu masing-masing. Malaysia ini terlalu besar untuk disempitkan dengan kebencian dan kemarahan kerana kita tidak saling memahami sesama kita.

“Selamat Tahun Baru Cina, bercuti bersama keluarga dan hati-hati ketika memandu,” ujarnya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 28 Jan – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam, sejak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara untuk jangka masa sederhana dan panjang, kata Menteri Ekonomi,...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER