Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PM Anwar Hadir Sambutan Rumah Terbuka MCA Selepas 25 Tahun

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Selepas hampir 25 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini buat pertama kalinya menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Kali terakhir Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998.

Kehadiran Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata, beliau gembira dapat bertemu rakan lama pada majlis berkenaan dan menyifatkan persababatan beliau dengan MCA, parti komponen BN tidak pernah putus walaupun ketika beliau dalam pembangkang sebelum ini.

“MCA itu dalam rangka persahabatan lama tapi yang bagusnya, kita tidak pernah putus persahabatan walaupun perbedaan parti dan pandangan dari semasa ke semasa tapi sekarang balik semula (bersama).

“Dulu kita berbeda pandangan dan haluan. Saya dipecat daripada UMNO dan saya terpaksa lawan. Masa dalam penjara, tak sempat datang dan sekarang, ada ruang dan nampak bukan saja kemesraan tapi nampak satu haluan dalam banyak pandangan serta isu.

“Saya juga banyak berbincang dengan Presiden MCA dan nampak kita tumpu pada pembangunan serta ekonomi Malaysia,” katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998.

Beliau kemudian dipenjarakan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, yang disifatkannya sebagai percubaan bermotifkan politik untuk menamatkan kerjayanya.

Pada majlis itu, Anwar dan tetamu yang hadir turut menggaul yee sang sebagai simbol kepada kemewahan dan kemakmuran bagi masyarakat Cina.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional kaum berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER