Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Ketua Staf Presiden Biden Dijangka Letak Jawatan

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 22 Jan – Ketua Staf Presiden Amerika Syarikat (AS) Ron Klain merancang untuk berundur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik media tempatan.

Klain dijangka melepaskan jawatannya dalam beberapa minggu lagi, lapor New York Times dan CNN pada Sabtu.

Setakat ini tiada maklumat mengenai pengganti Klain. Presiden Joe Biden melantik Klain kira-kira dua tahun lalu semasa permulaan penggal beliau sebagai presiden.

Dilaporkan Klain berkemungkinan berundur selepas Biden berucap pada State of the Union, 7 Februari nanti.

Klain, 61, yang menjadi orang kepercayaan Biden dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk berundur sejak pilihan raya separuh penggal AS pada November.

Berita mengenai pengunduran Klain itu timbul di tengah-tengah penyiasatan mengenai penemuan dokumen sulit yang mempunyai kaitan dengan Biden.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER