Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

9 Maut Insiden Tembakan Di Los Angeles

Kongsikan Artikel Ini

LOS ANGELES, 22 Jan – Sembilan orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, daerah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Menurut laporan agensi antarabangsa, bagaimanapun jumlah mangsa yang tercedera dalam insiden tembakan itu belum lagi didedahkan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, suspek merupakan seorang lelaki dan belum disahkan sama ada telah ditahan atau sebaliknya.


Seorang saksi kejadian memberitahu, tiga orang kelihatan telah berlari memasuki sebuah restoran dan memintanya untuk mengunci pintu sebelum terlihat seorang lelaki dengan senjata jenis mesingan berhampiran lokasi kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park.

Monterey Park ialah sebuah bandar di daerah Los Angeles, California yang didiami 60,000 komuniti Asia dan menjadikannya kawasan komuniti Asia terbesar di Amerika Syarikat. –

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER