Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Rafizi Tegur Sesetengah Peniaga Enggan Turunkan Harga Makanan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 21 Jan – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.

Beliau berkata, kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.

“Kadang-kadang, itu orang marah apabila harga bahan mentah (semakin turun), harga (bil) elektrik tidak naik, semuanya dikekalkan, tetapi harga barang daripada peruncit, restoran dan gerai tidak turun.

“Kita juga perlukan supaya yang mana boleh turun, kita turunkan dan yang mana boleh kurang, kita kurangkan.

“Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali untuk beli makanan yang sudah siap daripada restoran dan gerai serta ‘take away’ ke rumah masih naik walaupun harga bahan mentah telah turun,” katanya kepada pemberita hari ini.


Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini.

Katanya, pengguna juga perlu bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak daripada berkunjung ke restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.

“Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata, rakyat perlu mempunyai keyakinan bahawa sistem ekonomi yang diimbangi oleh kerajaan yang diwakili golongan politik dan ahli ekonomi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dalam beberapa keputusan seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor.

Katanya, pihaknya yakin keputusan BNM berkaitan OPR telah mengambil kira kepentingan jangka masa panjang, jangka masa pendek dan kepentingan rakyat pada masa depan.

Pada Khamis, BNM pada menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Bagaimanapun, terdapat pakar ekonomi yang menjangkakan akan berlakunya lagi peningkatan OPR pada tahun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 30 Jan – Ringgit dibuka tinggi pagi ini meneruskan kenaikan bagi hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang mesyuarat Rizab Persekutan (Fed)...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER