KUALA LUMPUR, 21 Jan – Polis kini menjalankan siasatan susulan anak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya di Kilometer 307 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Seremban.
Ketua Polis Daerah Serdang A Anbalagan berkata video kejadian berdurasi 14 saat itu dikongsi Nurul Ilham menerusi laman Twitternya yang tular hari ini, memaparkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu di lorong sebelah kanan dalam keadaan perlahan dan menekan brek beberapa kali di lorong sama.
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian terbabit tidak melibatkan kemalangan dan kecederaan terhadap kedua-dua pihak.
I don’t usually post these things but I was bullied on the road today. ☹️This car kept on pressing the brakes on the fastest lane. Super dangerous and I had my 2 year old with me. Was there for a good 1 minute before she (yes, she) changed to the next lane. pic.twitter.com/dBFli21eHU
— Nurul Ilham Anwar (@eelhumm) January 20, 2023
“Kedua-dua pemandu (termasuk Nurul Ilham) akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke balai polis trafik Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Terdahulu, Nurul Ilham menerusi hantarannya dalam Twitter mendakwa menjadi mangsa buli pengguna jalan raya ketika memandu bersama anaknya yang berusia dua tahun.
Nurul Ilham mendakwa kejadian itu dikesan apabila beliau menghampiri sebuah plaza tol dan pemandu kereta terbabit membunyikan hon ke arah kenderaannya.