Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Anwar Contoh Terbaik Memahami Apa Itu Malaysia Madani

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 21 Jan – Konsep Malaysia Madani akan diperkenalkan bagi menggantikan slogan Keluarga Malaysia yang digunapakai Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Diberitakan lagi, selain Malaysia Madani menjadi tema Dialog Belanjawan 2023 yang bermula semalam, dipercayai Memadanikan Malaysia akan turut menjadi sasaran serta intipati Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada 24 Februari depan.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang dipetik berkata, pelbagai program akan diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan konsep masyarakat madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu.

Berikutan Malaysia Madani telah menjadi perbualan yang semakin mengkhalayak di merata ruang perbicaraan bermula semalam, maka ramai yang bertanya – apa itu madani?

Saya sendiri sejak semalam banyak ditanya, sama ada secara langsung atau melalui Grup Whatsapp tentang maksud madani itu.

Secara mudah dan paling ringkas, Madani ialah bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Madani diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud kota atau peradaban yang dikaitkan dengan salah satu kota suci umat Islam iaitu Madinah.

Madani sebenarnya telah diterima sebagai salah satu istilah Melayu, malah Anwar sejak puluhan tahun lalu selalu mengungkapkan perkataan tersebut dalam pelbagai ucapannya.

Maknanya, ia bukanlah istilah yang baru muncul dua tiga hari lepas, cuma tidak ramai yang terbiasa mengucapkannya.

Setelah memahami maksud madani, barangkali tentu ramai juga yang melontarkan soalan susulan – bagaimana sebetulnya bentuk masyarakat madani itu?

Lagi sekali, contoh paling mudah untuk menjadi seorang yang madani ialah dengan mencontohi Anwar sebagai teladannya.

Beliau adalah seorang individu yang maju dari segi pemikiran dan kerohanian lantaran kegemarannya banyak membaca pelbagai jenis buku, terutama karya pemikir agung dan di waktu yang sama, tidak lupa memupuk nilai kerohanian dengan selalu mendekati tokoh-tokoh agama tersohor daripada seluruh dunia, di samping sentiasa mengadakan majlis ilmu di rumahnya sejak dahulu lagi.

Maka, jika kita sebagai rakyat atau ahli masyarakat ingin menjadi madani, kita juga perlu rajin membaca buku sekurang-kurangnya sebuah buku dalam sebulan dan selalu menghadiri pelbagai majlis ilmu di masjid, forum di universiti dan seumpamanya.

Dengan menjadikan dua perkara itu sebagai keutamaan serta terus gigih berusaha dalam kerjaya dan karier masing-masing, setiap orang akan menuju madani dengan sendirinya.

Apabila ramai yang madani, masyarakat akan jadi madani dan seterusnya Malaysia akan menjadi madani.

Sebab itu, meskipun sudah menjadi Perdana Menteri, Anwar dilihat terus mengadakan majlis ilmu di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan menjemput pelbagai tokoh agama daripada pelbagai negara untuk memberi syarahannya.

Meneliti beliau berucap atau berhujah pula, dengan sendirinya kita tahu beliau seorang yang mempunyai pemikiran yang sangat luas disebabkan tabiat membacanya yang tegar itu.

Anwar bukan saja mampu melontarkan pelbagai idea, terkadang yang luar biasa, bahkan tidak kekok untuk memetik ungkapan kata pelbagai cetusan pemiikiran tokoh-tokoh agung dunia – dahulu dan masa kini – untuk diteladani oleh mereka mendengar ucapannya.

Sudah tentu kemampuan Anwar memetik ungkapan-ungkapan tersebut adalah disebabkan beliau bukan saja banyak membaca, tetapi memahami apa yang dibacanya itu.

Sebab itu, boleh diyakini beliau adalah Perdana Menteri yang berbeza berikutan kemadanian itu telah lama terpupuk dan terbentuk dalam dirinya.

Kini sebagai Perdana Menteri, dengan memperkenalkan konsep Malaysia Madani itu, ertinya beliau mahu membawa kita semua menjadi maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan juga kebendaan.

Mari mulakan dengan ke kedai buku hari ini, tak madani lagi jika sekadar banyak membaca Whatsapp saja!!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER