Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Ringgit Terus Mengukuh, Kini RM4.29 Berbanding Dolar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ringgit meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian yang kembali ketara.

Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.2975/3015 daripada 4.3050/3100 pada akhir urus niaga semalam.

Peniaga ActivTrades Trader Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS susut berbanding ringgit dengan sebahagiannya disebabkan oleh angka ekonomi Malaysia yang kukuh dalam beberapa bulan lepas.

Negara Asia Tenggara itu mencatatkan data lebih kukuh daripada negara maju utama seperti AS dan Kesatuan Eropah.

Malah, Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, susulan data inflasi yang rendah serta pekerjaan yang kukuh.

Bagaimanapun, katanya, pasaran menjangkakan BNM akan menaikkan 25 mata asas lagi menjadikan OPR pada 3.0 peratus dan tindakan sebaliknya oleh bank pusat itu akan membawa kepada penurunan nilai ringgit untuk beberapa hari akan datang berikutan bon-bon kerajaan membayar kadar faedah lebih rendah kepada pelabur.

“Dari sudut teknikal dan mengambil kira senario dasar monetari semasa, ringgit boleh susut ke paras 4.3600 dan 4.4400 berbanding dolar AS dalam tempoh beberapa hari saja,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.2510/2543 daripada 3.2483/2523 dan rendah kepada 5.3220/3270 berbanding pound Britain daripada 5.3111/3172 pada akhir urus niaga Khamis.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding euro kepada 4.6551/6594 daripada 4.6602/6656 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3407/3441 daripada 3.3544/3588 pada penutupan semalam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 28 Jan – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam, sejak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara untuk jangka masa sederhana dan panjang, kata Menteri Ekonomi,...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER