SEREMBAN, 20 Jan – Dengan keyakinan serta integriti yang dimiliki Kerajaan Negeri Sembilan, sebuah syarikat terkenal berminat untuk melabur dalam sektor penjagaan kesihatan tidak lama lagi.
Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, syarikat Wecare Holding & Healthcare Berhad merancang untuk melabur di Port Dickson dalam sektor berkenaan.
Ia selaras dengan perkembangan pesat sektor itu bagi memenuhi permintaan mendadak susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa tahun lalu.
“Negeri Sembilan terus menjadi lokasi menarik buat para pelabur.
“Salah satunya adalah Wecare Holding & Healthcare Berhad yang merancang untuk melabur di Port Dickson terkait sektor kesihatan,” katanya.
Beliau berpeluang beramah mesra bersama para pelabur dalam satu majlis di Royal Chulan, di sini pagi tadi.
Pelbagai kemudahan terutamanya kepada pelancong asing yang mahu mendapatkan rawatan terbaik akan disediakan semasa mereka berada di negeri ini.
Ia juga bakal membuka peluang kepada anak tempatan bekerja dalam sektor berkaitan dan mempelbagaikan lagi produk pelancongan ke Port Dickson.
“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak pelabur atas keyakinan mereka terhadap Negeri Sembilan.
“Semoga negeri bertuah ini terus menarik lebih ramai pelabur dan seterusnya membuka lebih banyak peluang buat rakyat, Insya-Allah,” ujarnya lagi.
Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:
Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun
Twitter: https://twitter.com/dsaminuddin
Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun