Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Keputusan Kekal OPR Tepat Sokong Momentum Pemulihan Ekonomi

Bank Negara building in Kuala Lumpur city. Ñ IZZRAFIQ ALIAS/The Star<p>.</p>
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah bagi menyokong ekonomi domestik terus mengekalkan momentum pemulihan.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata BNM turut memikirkan kesan kenaikan sebanyak satu peratus tahun lalu, apabila rakyat dan perniagaan masih menyesuaikan kehidupan serta operasi masing-masing setelah kenaikan kadar faedah empat kali berturut-turut.

“Misalnya, syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyertai bidaan dan tender kerajaan kini mempunyai tempoh menyesuaikan kos mereka dan memperbaiki margin keuntungan yang lebih berkesan.

“Ini termasuk menyediakan kewangan perniagaan masing-masing sekiranya ada kenaikan kadar faedah lagi pada masa hadapan,” katanya kepada BH.

BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Ia selepas kenaikan OPR empat kali berturut-turut sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Aimi Zulhazmi berkata, ekonomi masih lagi mengekalkan momentum pada bulan Januari seperti pada bulan-bulan akhir tahun 2022, manakala kadar inflasi berada pada paras terkawal walaupun inflasi teras masih memberikan ancaman kepada kos sara hidup rakyat.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada BNM akan menaikkan lagi atau menurunkan lagi OPR pada bulan Mac nanti adalah bergantung kepada situasi ekonomi semasa ketika itu.

“Ini kerana, ketidaktentuan hala tuju ekonomi dunia termasuklah kebimbangan kemelesetan bakal berlaku tahun 2023 ini.

“Justeru, ia akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan ini antara faktor yang kritikal dan mempengaruhi keputusan BNM kelak,” katanya.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam nota penyelidikannya berkata, keputusan MPC untuk mengekalkan OPR pada pusingan ini akan membolehkan mereka untuk menilai kesan kenaikan kadar yang lalu ke atas ekonomi.

“Mereka juga menyebut bahawa normalisasi pada masa hadapan akan bergantung kepada perkembangan keadaan dan implikasinya kepada inflasi dan pertumbuhan.

“Memandangkan tekanan inflasi yang masih tinggi yang mungkin diburukkan lagi oleh kesan pembukaan semula China ke atas harga komoditi, serta mana-mana kemungkinan rancangan rasionalisasi subsidi baharu yang mungkin dilaksanakan pada tahun ini, kami berpendapat BNM mungkin menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi seawal Mei 2023 sekiranya risiko menaik terhadap inflasi menjadi kenyataan.

“Dengan ini, kami menyemak semula sasaran OPR kami kepada 3.0 peratus untuk tahun ini berbanding 3.25 peratus sebelumnya,” kata HLIB dalam nota yang ditulis bersama penganalisisnya, , Felicia Ling dan Nurul Athira Salith.

Kenanga Research pula percaya bahawa keputusan BNM adalah isyarat untuk menghentikan kitaran normalisasi semasa yang bermula pada Mei tahun lalu.

“Ini mengambil petunjuk daripada kenyataan MPC bahawa ‘langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Firma penyelidikan itu menambah, kali terakhir BNM berhenti seketika semasa kitaran pengetatan adalah pada 2010 selepas ia menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas pada Julai, yang kemudian hanya meneruskan kenaikan sebanyak 25 mata asas lagi pada Mei 2011.

“Oleh itu, jika bukan disebabkan kejutan yang tidak dijangka atau peralihan dasar utama, kami menjangkakan OPR kekal tidak berubah pada 2.75 peratus untuk sepanjang tahun ini,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER