Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

KEADILAN Wangsa Maju Terus Pergiat Program Menjelang Tahun Baharu Cina

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang dua hari lagi, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai tidak melepaskan peluang untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Wangsa Maju.

Suasana sambutan kali ini dijangka lebih meriah dan harmoni berbanding tahun-tahun lepas meskipun ancaman Covid-19 masih lagi ada.

Seminggu dua sebelum tibanya Tahun Baru, Andre Lai dan pasukan cabang secara tradisinya telah berkunjung ke kawasan tumpuan komuniti Cina untuk mengedarkan kertas berkat ‘fu’ yang membawa maksud rahmat kepada tokong dan pasar awam.


Menurutnya, kertas yang biasanya dilekat di pintu rumah, dipercayai mengundang nasib baik kepada tuan punya premis – merupakan satu kepercayaan masyarakat Cina sejak beribu tahun lagi.

Apabila ditemui di Pasar Prima Setapak, pengerusi pasar, En Oh mengalu-alukan kehadiran pasukan KEADILAN ke pasar. Tradisi ini telah dimulakan oleh Andre, semenjak beliau menjadi Ketua Cabang dan berkhidmat di Pejabat Ahli Parlimen masa itu.

“Tahun ini, ia tetap diteruskan di atas kapasiti KEADILAN Wangsa Maju. Andre Lai bersikap prihatin terhadap keperluan peniaga pasar di sini. Terutama ketika pandemik, beliau telah banyak memberi bantuan dan khidmat nyahkuman kepada premis pasar kita,” kata Oh.


Satu lagi pasar yang dikunjungi pasukan Lai adalah Pasar Tertutup Seksyen 2, yang kebanyakan peniaganya terdiri daripada kalangan warga Cina.

Tidak ketinggalan adalah lawatan ke tokong-tokong utama di dalam kawasan dan Lai telah berkunjung ke sana menyertai program komuniti Cina di dalam kawasan.

Ahli KRT Kampung Lee Kong Chian, Gan Lip Hong memuji semangat khidmat masyarakat KEADILAN Wangsa Maju selama ini. Menurut beliau, Lai sering kelihatan dalam kawasan kampung lebih kerap daripada wakil-wakil rakyat sebelum ini.


“Sebagai warga Cina tempatan, kami boleh melihat kegigihan beliau dalam mendapatkan lebih banyak tanglung daripada pihak DBKL untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina,” kata Encik Gan.

Setiap tahun, Lai menghubungi DBKL untuk melakukan operasi menggantung tanglung merah sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum sambutan bermula.

Di samping itu, kain rentang ucapan KEADILAN Wangsa Maju kelihatan di lokasi strategik sekitar parlimen ini. Sebagai wakil penduduk Cina di kawasan, Lai berharap tahun Arnab boleh membawa berkat yang baik untuk Malaysia.


“Saya memahami isu inflasi dan kegawatan ekonomi menjadi kebimbangan semua, namun setiap kain rentang ucapan saya, mempunyai ayat berkat yang berbeza – kerana saya berharap penduduk Wangsa Maju sentiasa ingat untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan penuh kegembiraan. Semoga Tahun Arnab, menjadi tahun kita melompat keluar daripada kegemelutan Covid 19,” kata Lai

Rakan-rakan bangsa lain juga tidak ketinggalan dalam sambutan Tahun Baharu Cina, kerana Lai juga berkunjung mengedar limau mandarin di Taman Melati dan Danau Kota.

Dalam masa sama, KEADILAN Wanita Wangsa Maju juga giat mengedar limau mandarin di Pasar Genting Kelang bersama Ahli Parlimen Wangsa Maju beberapa hari sebelum cuti perayaan bermula.


Tahun Baharu Cina 2023 bakal disambut pada 22 Januari 2023 manakala horoskop binatang bagi tahun ini adalah Arnab Emas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER