Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Empat Cerun Dalam Pemantauan Di Ampang – Rodziah

Kongsikan Artikel Ini

AMPANG JAYA, 20 Jan – Empat kawasan cerun berisiko di Ampang dipasang sistem amaran awal bagi tujuan pemantauan pergerakan tanah yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail berkata empat kawasan cerun terlibat adalah Taman Mega Jaya, Taman Seraya, Taman Wangsa 1 dan Taman Bukit Jaya.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memantau sistem amaran awal berkenaan dan akan melakukan kerja menstabilkan cerun di kawasan terlibat bagi mengelak kejadian tanah runtuh.

“Namun kerja mengelak tanah runtuh ini bukan hanya MPAJ sahaja kena selesaikan tetapi komitmen pemilik tanah sama ada swasta atau persendirian juga diperlukan,” katanya selepas program dialog awam bersama penduduk di Auditorium MPAJ di sini malam tadi.


Selain Rodziah, dialog berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPAJ Ir Zafrul Fazry Mohd. Fauzi, Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad dan wakil Polis Daerah Ampang Deputi Superintenden Mohamad Fisol Abdullah selaku ahli panel.

Rodziah yang juga Ahli Parlimen Ampang turut menyokong cadangan mewujudkan komuniti untuk berkongsi maklumat mengenai tanah runtuh termasuk tanda-tanda kejadian.

“Kalau ada tanda-tanda luar jangka yang berlaku, komuniti ini boleh memaklumkan kepada MPAJ untuk tindakan lanjut,’’ katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 31 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Jan – Bantahan awal Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan dua yang lain terhadap petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jan – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kekosongan jawatan Exco Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER