Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Sejauh Mana Kita Memahami Reformasi Institusi?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 19 Jan – Melaungkan reformasi institusi suatu perkara yang sangat mudah dan enteng, hanya dengan menggunakan mulut melaung “reformasi institusi” maka semuanya dianggap ‘telah terlaksana’.

Benarkah begitu?

Hari ini, sebelum ini dan selepas ini kita akan sentiasa melaungkan reformasi, tanpa kita mengerti dan menilai sejauh mana dan sedalam manakah reformasi institusi.

REFORMASI INSTITUSI DAN ALAM SEMESTA

Jika reformasi institusi ini boleh disamakan dengan benda yang lain, saya akan samakan reformasi institusi ini dengan penghujung bagi alam semesta. Manusia sentiasa beranggapan akan ada penghujung bagi alam semesta, ada juga yang berpendapat tiada penghujungnya.

Kita pun menerokai alam semesta, sehinggalah kita menjumpai planet yang terakhir iaitu planet Pluto. Dengan bangganya, kita laungkan bahawa kita berjaya sampai di penghujung alam semesta.

Akhirnya, kita berhenti meneroka alam semesta kerana kita sudah ada penghujung bagi alam semesta.

Pada ketika kita melaungkan kegembiraan, rupa-rupanya,selepas itu planet Pluto diisytiharkan sebagai planet kerdil yang membawa makna bukan lagi planet di dalam sistem suria kita.

Apakah kita akan melawan dengan debat demi untuk mempertahankan bahawa planet Pluto yang kita temui itu ialah planet kita?

Ataupun kita ambil iktibar untuk menerokai alam semesta lebih jauh untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baru dan lebih konkrit apa yang ada di alam semesta kita?

Itulah sebenarnya perumpamaan reformasi institusi yang disamakan dengan alam semesta kita.

Reformasi institusi ini sememangnya tiada penghujung, jalannya berliku kerana kita bukan sahaja berdepan dengan rakyat, kita akan berdepan dengan konglomerat besar, bangsawan yang punya pengaruh, penjawat awam yang licik dan ahli politik yang laparkan kedudukan.

MELUKIS RANGKA SEBELUM MEMBUAT RAKIT BUKANYA MENCARI ULAR DI SEKITAR BULUH

Pembinaan rakit sangat mudah untuk diumpamakan kerana ianya mudah dan semua orang faham bagaimana bentuk rakit.

Rakit dibina menggunakan buluh dan tali, adanya di hutan boleh menggunakan akar kayu jika tiadanya tali.

Melukis dan merangka cara pembinaan rakit adalah satu usaha yang akan mempermudahkan gerak kerja kita.

Walaupun kita ambil masa untuk melukis dan merangka, gunakan masa sebaiknya. Jangan leka dan sentiasa membuang masa.

Jangan sedang kita merangka dan melukis, kita lebih luangkan masa untuk mencari ular di kawasan buluh. Walaupun ular itu bisa, jika mematuk kita akan berhadapan masalah. Kita kena pandang ke hadapan untuk fokus bagaimana rakit ini dibina.

Begitu juga kita kena pastikan bahawa reformasi institusi ini mestilah lengkap dengan rangka kerja yang tersusun dan mampu merubah kedudukan negara.

Jangan pula kita berfokus dengan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu yang boleh menyebabkan kita leka dengan proses yang paling awal iaitu merangka reformasi institusi kepada semua jabatan dan kementerian di negara kita.

MENJIWAI REFORMASI INSTITUSI

Reformasi institusi ini ialah melaksanakan perubahan dan penambah baikan di seluruh sistem dalam negara kita.

Bukan sahaja sistem kehakiman, penguatkuasa dan reformasi di parlimen tetapi perlulah merangkul kesemua kementerian yang ada dengan mewujudkan kesedaran kepada seluruh penjawat awam dan akan merebak kepada rakyat di bawah.

Lakukan perubahan bukan perkara yang mudah, perlulah dirancang dengan gerak kerja yang baik dan sistem yang tersusun supaya semua pihak akan memberi kerjasama yang baik.

Kerajaan Perpaduan ini perlu merangka dengan baik dan menjalankan kempen kesedaran di media-media termasuklah di media sosial dan media elektronik supaya rakyat akan mempunyai kesedaran dengan menjiwai reformasi institusi yang sebenar.

Barulah kita nampak jalan sebenar kita untuk menuju ke arah negara yang punyai sistem yang sistematik dan efisen.

Terus laksanakan perubahan negara kita menuju kepada negara yang lebih maju dan menjadi negara yang membangun dengan nilai-nilai moral dan sosial yang baik.

Paling tidak, daripada tiada langsung kesungguhan melaksana reformasi institusi, sekurang-kurangnya jalan lebih luas terbentang di depan mata seiring dengan kemajuan negara dan pekembangan global.

Jame Stephen merupakan aktivis Bintulu yang membicara isu-isu semasa negara. Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Media Rania

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER