Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Palace Sekat Kemaraan United

Kongsikan Artikel Ini

LONDON: Deretan kemenangan Manchester United ditamatkan oleh sepakan percuma masa kecederaan Michael Olise yang memberikan Crystal Palace keputusan seri 1-1.

Skuad kendalian Erik ten Hag mendahului permainan menerusi rembatan babak pertama Bruno Fernandes di Selhurst Park, yang meletakkan mereka di ambang memecahkan rekod deretan kemenangan paling panjang dalam tempoh 14 tahun.

Namun Olise menyekat kemenangan United pada sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan apabila sepakannya menewaskan David de Gea pada saat-saat akhir permainan.

Ia satu tamparan hebat buat United, yang berharap dapat memintas Manchester City di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (PL) dan meletakkan tekanan ke atas Arsenal menjelang kunjungan ke Stadium Emirates Ahad ini.

“Apabila anda menang ketika permainan berbaki dua minit dan Palace tidak mempunyai peluang selain satu satu sepakan sudut dan satu sepakan percuma, anda tidak sepatutnya tercicir mata.

“Kami perlu melabur lebih lagi untuk mendapat gol kedua dan tidak berada dalam situasi yang membawa padah.

“Di babak kedua kami mempunyai banyak ruang untuk memastikan kemenangan, tetapi saya tidak nampak kami mencuba untuk mendapat gol kedua.

“Sukar untuk menyatakan sebabnya. Saya perlu mengkritik pasukan saya. Cari gol kedua,” kata Ten Hag.

Selepas menewaskan City 2-1 dalam pertemuan tetangga Manchester Sabtu lalu, United meninggalkan selatan London dengan kekecewaan untuk merakam kemenangan ke-10 berturut-turut.

United kini di tangga ketiga, menyamai kutipan mata City dan lapan di belakang pendahulu, Asenal kendalian Mikel Arteta.

City berpeluang mengatasi United dengan kelebihan tiga mata sekiranya mereka menewaskan Tottenham Hotspur malam ini.

United, yang kali terakhir memenangi liga pada tahun 2013, masih boleh memberi tekanan ke atas Arsenal sekiranya mereka menewaskan pendahulu itu.

Hanya 24 jam selepas Ineos, firma milik jutawan British, Jim Ratcliffe menyatakan minat untuk membeli United, Ten Hag menjadikan kelab Old Trafford itu lebih bernilai kepada bakal pemilik baharu, walaupun dikecewakan oleh keputusan seri di Palace.

Palace menewaskan United di Selhurst Park pada hari terakhir musim lalu ketika Ralf Rangnick menjadi pengendali sementara kelab itu.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Jan – Rembatan Harvey Elliott memberikan Liverpool kemenangan 1-0 di Wolves pada aksi timbal balik pusingan ketiga Piala FA Inggeris, sekaligus...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER