Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Gol Elliott Selamatkan Klopp

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 18 Jan – Rembatan Harvey Elliott memberikan Liverpool kemenangan 1-0 di Wolves pada aksi timbal balik pusingan ketiga Piala FA Inggeris, sekaligus menyelamatkan kedudukan pengendali Jorgen Klopp yang tampak goyah kebelakangan ini.

Skuad kendalian Klopp dikritik selepas tewas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) sebelum ini di Brighton dan Brentford.

Bagaimanapun jaringan jarak jauh Elliot di babak pertama aksi di Molineux menjelmakan kemenangan pertama mereka selepas empat perlawanan dalam semua pertandingan.

Namun selepas menyingkirkan Wolves, Liverpool akan kembali ke Brighton untuk bertemu pasukan itu di pusingan keempat.

Kekalahan 3-0 The Reds di Brighton Sabtu lalu meletakkan mereka di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris, 10 mata di belakang kelompok empat teratas.

“Rasa seperti sudah lama kami mempunyai perasaan menang dan bermain baik. Kami beraksi amat baik di babak pertama.

“Ia reaksi yang kami mahu lihat dan ia diterjemahkan oleh pemain-pemain. Jaringan itu amat luar biasa.

“Saya bukan mahu memperkecilkan persembahan Harvey, tetapi ada beberapa pemain terbaik perlawanan hari ini, cuma yang lain tidak menjaringkan gol,” kata Klopp.

Wolves memaksa perlawanan timbal balik diadakan apabila seri 2-2 di Anfield, tetapi skuad Julen Lopetegui berang kerana jaringan Toti dibatalkan pada saat akhir.

Dalam perlawanan lain, skuad Liga Kejuaraan, Bimingham menang 2-1 ke atas Forest Green, Bristol City menewaskan Swansea 2-1, Luton mengatasi Wigan 2-1 dan West Brom membelasah Chesterfield 4-0.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON: Deretan kemenangan Manchester United ditamatkan oleh sepakan percuma masa kecederaan Michael Olise yang memberikan Crystal Palace keputusan seri 1-1. Skuad kendalian...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER