Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

MAVCOM Lulus 316 Penerbangan Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina

Kongsikan Artikel Ini

SEPANG, 17 Jan – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 25 lagi penerbangan tambahan bagi laluan domestik sempena Tahun Baharu Cina bermula esok hingga 31 Jan ini.

Penambahan itu menjadikan 316 penerbangan tambahan yang telah diluluskan berbanding 291 penerbangan tambahan yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada 6 Jan lepas, susulan permintaan daripada syarikat penerbangan selain usaha menangani harga tiket penerbangan.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim, berkata penerbangan tambahan itu melibatkan 134 penerbangan yang ditawarkan AirAsia, Batik Air (69), Malaysia Airlines (53), SKS Airways (44) dan 16 penerbangan oleh Firefly.

“Ppenambahan penerbangan ini, dijangka lapangan terbang akan semakin sibuk bermula esok dan sesak dengan penumpang,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas mengadakan pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini ,hari ini.

Pemeriksaan tersebut dilaksanakan bertujuan menilai kesiapsiagaan operasi syarikat penerbangan dan lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengendalikan trafik penumpang yang tinggi sempena musim perayaan hujung minggu ini.

Susulan penambahan 25 penerbangan tambahan tersebut, MAVCOM semalam telah mengeluarkan surat peringatan kepada syarikat penerbangan tempatan supaya mematuhi kesemua jadual penerbangan dan peraturan yang ditetapkan, katanya.

Berhubung kelewatan atau pembatalan penerbangan dan hak pengguna, Saripuddin berkata Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi antaranya penyediaan makanan dan akses internet bagi penangguhan dua jam atau lebih.

“Memang ada syarikat penerbangan yang mematuhi peraturan tersebut tetapi ia bergantung kepada pengguna itu sendiri, kadang-kadang mereka menolak kemudahan yang disediakan syarikat, ia adalah pilihan penumpang.

“Cuma kita hendak syarikat penerbangan bertanggungjawab terhadap penumpang seperti mana yang ditetapkan oleh MAVCOM, kerana semua penumpang membayar caj perkhidmatan penumpang, oleh itu mereka berhak menerima standard perkhidmatan minimum di lapangan terbang,” katanya.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER