Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Thai Pongal 2023 Buka Lembaran Baharu Kerajaan Perpaduan

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 14 Jan – Januari 2023 merupakan satu bulan penuh dengan perayaan. Melangkah sahaja tahun baru 2023, komuniti Tamil di seluruh dunia pula menyambut Hari Pongal.

Perayaan selama empat hari yang bermula dari 14 hingga 17 Januari 2023 ini bertujuan untuk memberi kesyukuran kepada alam semulajadi setelah lengkap semusim tunaian yang baik.

Perayaan ini telah lama dirai oleh masyarakat Tamil. Ia adalah perayaan yang amat besar di Tamil Nadu, namun di Malaysia, ia lebih simbolik.

Thai Pongal bermaksud menanda kemasukan bulan Thai yang membawa maksud permulaan kepada peluang baru. Ucapan perayaan yang sering disebut “Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum” தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும் membawa erti bererti “permulaan Thai membuka peluang baru”.

Oleh sedemikian, Ponggal sering dianggap sebagai ‘tahun baru’ untuk masyarakat Tamil.

Sememangnya tahun 2023 adalah satu lembaran baharu, menandakan tahun pertama pemerintahan Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai rintangan dan cabaran harus ditempuhi, dalam perjalanan ke arah satu permulaan baru. Tidak pernah dalam negara kita berkongsi kuasa atas nama perpaduan.

Sewajarnya ini adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik beberapa tahun ini. Formula ‘institutional reformasi’ akan digunakan secara menyeluruh, dengan harapan untuk membina semula Malaysia yang lebih aman, harmoni dan maju.

Dalam tempoh seminggu selepas perayaan Thai Ponggal, masyarakat Cina pula akan menyambut Tahun Baru Cina. Inilah keunikan yang terdapat di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.

Segala kepelbagaian dirai, segala perayaan disambut bersama. Semaikan semangat perpaduan, dan marilah kita menyambut 2023 dengan konteks “KEADILAN untuk semua”

Selamat Tahun Baru 2023!
Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்!
Dan Xin Nian Kuai Le 新年快樂!

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER