Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

64 Inisiatif Pelbagai Bidang Telah Dirangka Kerajaan Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA PILAH, 14 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan telah merangka 64 inisiatif dalam pelbagai bidang untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat di negeri ini berikutan pertumbuhan ekonomi diramal perlahan tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif itu merangkumi pemerkasaan ekonomi rakyat, kebajikan, pendidikan, modal insan, pembangunan belia dan wanita serta pentadbiran.

“Namun patik amat bersyukur apabila pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menunjukkan perkembangan yang positif pasca Covid-19.

“Tahun 2023, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sembilan diunjurkan berkembang antara empat hingga lima peratus dan KDNK Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus pada tahun 2021 berbanding negatif 3.6 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan tahniah dan taat setia sempena Hari Keputeraan Ke-75, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti di sini pada Sabtu.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Menurutnya, sektor pembuatan dan sektor Perkhidmatan menunjukkan pemulihan dengan masing-masing berkembang positif sebanyak 7.2 peratus dan 2.0 peratus.

Tambahnya, ekonomi negeri juga terus dipacu oleh sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang tertinggi KDNK negeri iaitu sebanyak 50.9 peratus, diikuti sektor pembuatan sebanyak 37.7 peratus dan sektor pertanian sebanyak 6.9 peratus.

“Kepemimpinan kerajaan negeri akan sentiasa bersedia meneliti perancangan pembangunan dan konsensus pemimpin bagi memenuhi harapan dan inspirasi rakyat.

“Periuk nasi sama diisi, untung sama berbahagi, maka kekayaan dan kemakmuran hasil negeri yang sedang dikecapi ini, diukir agar kekal mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri terus melangkah ke hadapan dengan melancarkan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021–2025 (RPNS 2021-2025) dan Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 (PEDNS 2027) berasaskan prinsip utama kemakmuran ekonomi serta merancakkan pembangunan ekonomi digital.

Beliau berkata, negeri ini juga terus menjadi pilihan pelabur apabila Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melaporkan sehingga suku kedua tahun 2022, mencatatkan sebanyak RM1.48 bilion pelaburan.

“Permohonan pelaburan sebanyak RM6.44 bilion turut dikemukakan kepada MIDA dan sedang menunggu kelulusan.

“Ini termasuk pelaburan berjumlah RM6 bilion daripada Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) untuk membina sebuah kilang membuat Sel Bateri Kenderaan Elektrik (EV) Fasa 2 di Senawang,” katanya.

Aminuddin juga menegaskan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa menjunjung tinggi sistem adat Perpatih yang diamalkan di negeri ini dan akan tetap mempertahankan kedaulatannya.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/dsaminuddin

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 31 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 30 Jan – Ringgit dibuka tinggi pagi ini meneruskan kenaikan bagi hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang mesyuarat Rizab Persekutan (Fed)...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER