KOTA KINABALU, 11 Jan – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.
Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah mengangkat sumpah adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Adun Api-Api, Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe daripada DAP (Luyang), dan James Ratib daripada Barisan Nasional (Sugut).
Ketiga-tiga Adun berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ismail Brahim.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun juga Menteri Kewangan II negeri.
Pada 6 Januari lalu, Hajiji mengesahkan bahawa barisan Ahli Kabinet Kerajaan Sabah akan dirombak.
Ini bermakna, ADUN Lamag yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin digugurkan.
Berikut merupakan senarai Kabinet Kerajaan Sabah yahg baharu
1. Ketua Menteri
YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
2. Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan
YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan
3. Timbalan Ketua Menteri ll merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam
4. Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya
YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya
5. Menteri Kewangan
YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun
6. Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Jahid bin Jahim
7. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif
8. Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Ellron Angin
9. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
YB Datuk James bin Ratib
10. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
YB Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew
11. Menteri Pembangunan Perindustrian
YB Phoong Jin Zhe