Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Istana Seri Kinabalu Saksi Istiadat Angkat Sumpah

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 11 Jan – Satu istiadat mengangkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka diadakan pagi ini.

Situasi semasa di pintu utama Istana Seri Kinabalu mendapati, pasukan Polis Di Raya Malaysia (PDRM) sudah mula membuat kawalan keselamatan seawal jam 6.30 pagi.

Turut kelihatan beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal mengangkat sumpah turut mula memasuki perkarangan istana.

Difahamkan, upacara berkenaan akan berlangsung pada jam 10 pagi ini di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu.

Terdahulu, istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilaksanakan selepas pertemuan beberapa ketua parti politik bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Anwar mencadangkan, agar pemimpin tempatan menubuhkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri, baru-baru ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSUBANG JAYA, 31 Jan – Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh negara menyifatkan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan siap masak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER