SEREMBAN, 10 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan bantuan wang tunai RM100,000 kepada mangsa banjir di negeri Pantai Timur sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir.
Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan lain yang turut diberikan termasuk barangan makanan asas, peralatan mencuci dan beberapa barangan keperluan lain.
“Selain itu, bantuan tenaga dan kepakaran turun diberikan di mana sukarelawan akan membantu menyiapkan sebuah rumah penduduk yang rosak teruk di Kampung Kuala Nerang, Terengganu.
“Selain wang tunai, pelbagai barangan termasuk makanan turut akan diberikan kepada mangsa banjir.
“Keseluruhan terdapat seramai 60 sukarelawan akan terbabit dalam misi bantuan ini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir Pantai Timur di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, pada Isnin.
Aminuddin berkata, beliau mendapat maklumat mengenai kediaman mangsa banjir mengalami kerosakan dan mahukan sukarelawan menyelesaikan misi berkenaan dengan sebaiknya.
“Kita akan sumbangkan wang tunai RM200 serta barang makanan kepada setiap keluarga yang terbabit.
“Saya harap bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini,” katanya.
Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:
Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun
Twitter: https://twitter.com/dsaminuddin
Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun