KENYATAAN MEDIA, 31 Dis – Saya telah memulakan Jelajah Prihatin Rakyat pada awal bulan oktober yang lalu, motif utama program ini adalah untuk menyantuni 300 buah keluarga golongan B40 di sekitar Parlimen Wangsa Maju sempena Bulan Perayaan Deepavali.
Seperti yang semua Rakyat Malaysia sedia maklum, Deepavali ialah pesta cahaya yang sinonim membawa sinar harapan baru dalam hidup semua orang.
Namun, program ini terpaksa dihentikan sementara waktu berikutan pembubaran Dewan Rakyat secara tiba-tiba oleh Mantan Perdana Menteri yang Ke-9 Dato’ Seri Ismail Sabri pada 10 Oktober lalu.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan menangguh program ini dan menyambung semula selepas pembentukan kabinet baharu daripada blok yang berjaya mendirikan Kerajaan Persekutuan kelak.
Pasca Pru-15, Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, kami memulakan semula projek yang tertunggak selama lebih sebulan sejurus selepas pengumuman Jemaah Menteri Malaysia yang baharu.
Sumbangan dalam bentuk bakul makanan ini telah diagihkan kepada seramai 300 buah keluarga yang terdiri daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menetap di Parlimen Wangsa Maju.
Menariknya, jelajah ini dimulakan dengan Deepavali dan diakhiri pada Hari Krismas. Saya akan terus menganjurkan program-program melibatkan masyarakat majmuk demi memupuk keharmonian dan perpaduan rakyat setempat.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang utama Master Lee daripada Persatuan Penganut Qi Malaysia dan Tuan Andre Lai, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju.
Terima kasih kepada pasukan saya daripada Cabang Keadilan, Sayap Wanita Cabang, Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju dan juga sukeralawan yang telah menjayakan program ini.
Vijeyndran Ravichadran
Ketua Penerangan KEADILAN Wangsa Maju
Pejabat Penerangan KEADILAN Cabang Wangsa Maju.