Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Anak Presiden Turkiye

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa.

Melalui hantaran di laman Facebooknya hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan diadakan sempena kunjungan Bilal ke Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat,” kata Perdana Menteri yang turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Bilal ialah anak kedua Erdogan dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Erdogan antara pemimpin dunia terawal yang mengucapkan tahniah kepada Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.

Dalam perbualan telefon selama kira-kira 10 minit antara kedua-dua pemimpin itu, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER