Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

JPS Negeri Sembilan Diminta Cari Punca Berlaku Kekerapan Banjir Kilat – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di negeri itu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata JPS negeri perlu melihat beberapa keperluan seperti menaik taraf perparitan sedia ada, bagi mencegah kejadian yang sama berlaku setiap kali berlakunya hujan lebat.

“Punca berlakunya banjir kilat sejak akhir-akhir ini sama ada melibatkan perparitan yang kurang sesuai atau perlu dinaik taraf, perkara tersebut perlu diberikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin berkata beliau berpuas hati dengan peranan serta persediaan semua agensi di negeri itu dalam menghadapi bencana banjir kali ini.

Beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan tiga buah bot untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri itu, sebagai aset untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir.

“Semalam kita telah menguji tiga buah bot untuk diserahkan kepada pihak bomba dalam masa terdekat, saya diberitahu bot yang akan digunakan itu lebih sesuai… bagaimanapun kita berdoa bencana banjir tidak berlaku di negeri ini dan negara,” katanya.

Selain itu Aminuddin berkata kekerapan kejadian tanah runtuh yang berlaku sejak akhir-akhir ini serius, kerana kejadian itu menghampiri tempat tinggal serta mengakibatkan jalan raya terputus.

Beliau berkata tindakan segera telah diambil pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), dengan melantik kontraktor bagi memperbaiki kerosakan.

“Jumlah kos keseluruhan masih dinilai seperti di Jalan Bukit Berlian 5, Taman Bukit Berlian, Lobak melibatkan kos hampir RM3 juta. Kejadian tanah runtuh kali ini banyak berlaku di beberapa kawasan dan terbaru kejadian di Taman Saujana, Jempol,” katanya.

Semalam Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali, telah meninjau di beberapa kawasan berlaku tanah runtuh seperti di Jalan Duyung 7, Taman Duyung, dengan mengambil tindakan pelaksanaan menutup cerun akan dilakukan di kawasan itu.

Selain itu di No.666 Jalan S2 H20, Park Avenue pula, pihak MBS telah menggerakkan anggota task force bagi kerja pembersihan dan menutup cerun dan turut meninjau di No.231, Jalan TBS 9, Taman Bunga Sejati, Rantau, yang dilaporkan berlaku tanah runtuh di bahagian belakang kediaman tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSUBANG JAYA, 31 Jan – Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh negara menyifatkan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan siap masak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER