Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Tiada Perubahan Drastik Agenda Bumiputera Dalam RMK-12 – Rafizi

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata sebaliknya kementeriannya akan menumpukan usaha memastikan setiap perkara dirancang dapat dilaksanakan mengikut objektif ditetapkan.

“Seperti yang saya cakap sebelum ini, selalunya perancangan baik, apa yang kita nak pastikan ia betul-betul dilaksanakan dan capai matlamat.

“Kami ingin memastikan setiap satu ringgit dibelanjakan jika pada rancangannya bertujuan untuk membebaskan mana-mana pihak daripada kemiskinan, sama ada anda Bumiputera atau tidak, ia dilaksanakan seperti dimahukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kick-Off Persidangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 di sini, hari ini.

Selain meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera, RMK-12 antara lain turut menyasarkan pertambahan sumbangan Perniagaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) kumpulan itu kepada sebanyak 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Usaha itu disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu seperti dana Kemakmuran Bumiputera dan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres di bawah MARA bagi kontraktor Bumiputera.

Selain itu, Rafizi berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dijangka membentangkan KSP RMK-12 di Parlimen pada September tahun depan.

“KSP ini akan melihat kepada langkah merangsang dan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama memberi keutamaan inisiatif konsolidasi fiskal dalam berhadapan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya.

Ditanya mengenai langkah pemotongan 20 peratus gaji menteri, Rafizi berkata, ia tanda komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, tindakan itu bukan semata-mata pada kadar pemotongan, sebaliknya isyarat kesungguhan dan komitmen setiap menteri untuk mengotakan apa yang dikata.

“Kita ada kerajaan yang kata mengutamakan rakyat, kita mesti dapatkan nilai terbaik bagi setiap satu ringgit wang rakyat, tetapi menteri satu sen pun tak nak potong (gaji).

“Ada sesuatu yang tidak kena, seharusnya apa yang dikata perlu dikota supaya jadi isyarat kepada keseluruhan dalam pentadbiran kerajaan bahawa ia bukan mengenai kadar (pemotongan) tetapi gerak isyarat dan komitmen,” katanya.

Rafizi berkata, setiap pihak juga perlu berhenti bercakap mengenai keistimewaan dan sebagainya kerana perubahan perlu dilaksana bermula di peringkat atasan.

“Dengan komitmen ini, barulah rakyat tidak akan bersangka buruk dan membuktikan menteri mengotakan apa yang dipersetujui. Kalau tidak, ia akan kelihatan hipokrit,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat khas Kabinet memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Beliau berkata, pemotongan akan berjalan sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER