Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rafizi Nafi Ugut Azam Baki, Hanya Mahu SPRM Bebas Campur Tangan

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.

Timbalan Presiden KEADILAN itu sebaliknya menyifatkan, kenyataan berkenaan adalah political soundbytes atau news byte.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, maksud sebenar kenyataan dilontarkan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu adalah supaya kerajaan baharu memberi keutamaan untuk memastikan SPRM bebas daripada sebarang campur tangan.

“Keutamaan kita ada untuk memastikan semuanya (agensi) bebas dan mematuhi perundangan. Justeru, bukan setakat Azam, sesiapa saja termasuk saya perlu berhati-hati mengenai tindakan masing-masing.

“Ini kerana, kita berharap tiada lagi campur tangan dan semuanya (agensi) bebas, selain elemen semak dan imbang dapat berjalan dengan baik serta semua pihak mengikut jalur yang benar.

“Undang-undang dapat dikuatkuasakan secara sendirinya, jika ia benar-benar bebas (daripada campur tangan) dan ini adalah peringatan untuk semua,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di Kementerian Ekonomi dekat Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi menerusi kempen PRU-15 dilapor membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Azam susulan dakwaannya berhubung serbuan SPRM ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd, termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.

“Esok kita jumpa di mahkamah, lusa satu hari lagi kempen, Sabtu (19 November) kita mengundi. Lepas menang pilihan raya kami cari Azam, insya-Allah. Saya tahu Azam tengok ini! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya.

Azam pada 16 November lalu, dilapor sebaliknya menjelaskan, kehadiran empat pegawai SPRM di Invoke Solutions Sdn Bhd itu bukanlah serbuan sebaliknya ia adalah prosedur biasa siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset diumumkan Rafizi, sebelum ini.

SPRM sebelum ini memaklumkan membuka kertas siasatan berhubung pengisytiharan harta Rafizi selepas laporan dilakukan pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara itu.

Pada 2 November lalu, Rafizi mengisytihar harta mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon bertanding pada PRU-15, berbuat demikian, dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER