PUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) kata Perdana Menteri.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari mengetuai Kementerian Kewangan.
“Satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan ketika Jemaah Menteri yang disertai PN iaitu PAS dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.
“Pada hari ini saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali,” katanya.
Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadilah Yusof.