Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Mesyuarat Khas Kabinet PM Anwar Dijangka Tumpu Isu Kos Sara Hidup

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara hidup yang membebani rakyat ketika ini.

Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dijangka menjadi agenda utama mesyuarat, berdasarkan beberapa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, semua anggota Kabinet juga dijangka diarah memberi tumpuan khusus mengenai subsidi rakyat, dengan Anwar sebelum ini memberi tempoh dua minggu untuk kementerian mencerakin inisiatif berkenaan.

“Kami belum dimaklumkan agenda mesyuarat secara khusus, namun saya jangka Perdana Menteri akan sampaikan beberapa pandangan yang khusus berkait pengendalian kos sara hidup.

“Ini antara perkara utama, selaras dengan had masa dua minggu yang disebut Perdana Menteri selepas mesyuarat pertama beliau Ahad minggu lalu. Jadi, masa sudah tidak banyak.

“Saya juga jangka mungkin ada beberapa amanat yang akan disampaikan Perdana Menteri, khususnya mengenai gaji dan penerimaan cenderahati, di mana Anwar tegas menolak kedua-duanya, selain beberapa perkara khusus lain,” katanya, hari ini.

Jumaat lalu, Anwar dilaporkan berkata akan memanggil mesyuarat khas Kabinet esok susulan selesai pembentukan dan pelantikan anggota Kabinet, bagi mengumumkan beberapa peraturan baharu.

Antara peraturan yang akan ditetapkan adalah berkaitan cara mengurus kementerian; cara mendampingi dan bekerjasama dengan penjawat awam; penetapan cara untuk ahli Jemaah Menteri membuat pengumuman berkaitan dasar, serta cara berbelanja agar tidak melebihi kadar sepatutnya.

Selain itu dalam sidang media selepas mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 pada 27 November lalu, Perdana Menteri memaklumkan memberi tempoh dua minggu kepada kementerian dan agensi kerajaan untuk memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi rakyat.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika ditanya mengenai mesyuarat esok, turut memberitahu mereka tidak dimaklumkan mengenai agenda mesyuarat khas Kabinet berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER