Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Malaysia Akan Terus Majukan Hubungan Dengan Thailand

PUTRAJAYA, 2 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. 

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


PUTRAJAYA, 2 Dec -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim spoke at the Unity Government Cabinet Announcement Press Conference at the Putra Perdana today.

--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Prayut Chan-o-Cha, untuk memajukan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand.

Anwar berkata, demikian bagi mengulas perutusan tahniah daripada Prayut atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 di Facebook.

Thank you my friend Prime Minister Prayut Chan-o-Cha for your kind wishes (Terima kasih sahabat saya Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha atas ucapan anda),” katanya sambil memuat naik surat ucapan tahniah daripada Prayut.

Prayut dalam suratnya berkata, beliau berharap dapat bekerjasama rapat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala termasuk menjalin kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Saya yakin Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah visi dan kepimpinan anda dan hubungan kejiranan akan terus berkembang dan menghasilkan banyak manfaat bersama yang meluas untuk rakyat dan rantau kita,” kata Prayut.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 November.

Pada Februari, Malaysia dan Thailand mengesahkan komitmen mereka untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala, bekerjasama rapat mencapai sasaran perdagangan dua hala US$30 bilion menjelang 2025.

– Bernama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER