Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Letupan Bom Musnahkan Landasan Kereta Api Hat Yai-Padang Besar

Kongsikan Artikel Ini

PADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek, di Sadao, Thailand hari ini.

Sumber berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang ketika sebuah kereta api kargo dari Haytai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan yang dilalui dipercayai diletakkan bom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae.

Letupan menyebabkan gerabak kereta api berkenaan terbabas dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api dari sektor berkenaan ke Padang Besar.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao terletak 23.3 kilometer dari Stesen Kereta Api Padang Besar, Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan setakat ini perkhidmatan kereta api SRT masih dihentikan buat sementara waktu.

Sementara itu Bangkok Post melaporkan pihak berkuasa akan menyiasat kejadian tersebut sama ada landasan tersebut di bom atau kejadian kemalangan.

Sumber memaklumkan landasan itu perlu ditutup beberapa hari bagi membolehkan kerja-kerja membaiki dilakukan.

Kereta api berkenaan mempunyai 20 gerabak dengan 11 daripadanya tergelincir daripada landasan dan rosak teruk.

Empat pekerja iaitu termasuk dua pemandu dan seorang juruteknik tidak mengalami sebarang kecederaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER