Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Empat Senator Angkat Sumpah Pagi Ini

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Negara, Rais Yatim, di bangunan Parlimen, pagi ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, yang dilantik sebagai menteri dalam negeri mengangkat sumpah sebagai senator pada 8.30 pagi.

Ini diikuti oleh bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang diberi portfolio menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, yang dilantik menteri luar pula mengangkat sumpah, pada 8.39 pagi.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Mohd Na’im Mokhtar yang dilantik sebagai menteri hal ehwal agama menyempurnakan majlis dengan mengangkat sumpah pada 8.45 pagi tadi.

Selain Mohd Na’im, ketiga-tiga senator ini tewas bertanding pada PRU15.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER