Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rafizi Menteri Ekonomi Kabinet Kerajaan Perpaduan

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kembali menerajui portfolio Undang-Undang dan Reformasi Institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi Kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pula dilantik sebagai Menteri Agama menggantikan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menggantikan Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Senarai Kabinet itu diumumkan Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi.

Turut dilantik, Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa dan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan 2022

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Desa dan Wilayah: Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan Komoditi: Fadillah Yusof
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Menteri Pendidikan Tinggi: Mohamed Khaled Nordin
Menteri MOSTI: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita: Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Menteri Di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan Koperasi: Ewon Bendecik
Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Menteri Luar Negeri: Zambry Abd Kadir (Senator)
Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Dan Digital: Fahmi Fadzil
Menteri Kesihatan: Zaliha Mustafa
Menteri Belia Dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Perpaduan Negara: Aaron Ago Dagang

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER