Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PM Anwar Selesai Menghadap Agong, Kabinet Dijangka Diumum Hari Ini

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.

Kenderaan Proton Perdana membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira 9.15 pagi tadi, selepas pertemuan hampir 50 minit dengan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar sempat melambai kepada hampir 40 pengamal media yang menunggu di hadapan pintu utama Istana Negara seawal 7.30 pagi tadi.

Artikel Berkaitan

• Barisan Kabinet hampir dimuktamadkan, PM menghadap Agong pagi esok• Anwar tiba di Istana Negara [METROTV]• Anwar tiba di Istana Negara [METROTV]• Kemuka isu darurat, ekonomi, Covid-19 sahaja – Anwar [METROTV]
Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini dipercayai untuk mempersembahkan senarai Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk dimuktamadkan.

Terdahulu, kenderaan membawa Anwar tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

Kenderaan membawa Anwar bersama beberapa kenderaan polis pengiring dilihat tiba di perkarangan Istana Negara pada 8.22 pagi sebelum masuk melalui Pintu Utama.

Pembentukan barisan Kabinet dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri Kabinet baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Akhbar semalam melaporkan, Anwar memaklumkan perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 8 pagi hari ini.

Perdana Menteri kemudian dijadualkan ke Perak dan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini.

Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan kemudian solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER