Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Cabaran Kerajaan Perpaduan PM Anwar

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut penganalisis.

Kerajaan Perpaduan yang dibentuk melalui pelbagai blok parti politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu perlu membuktikan kemampuannya untuk bekerjasama dalam melaksanakan langkah yang memanfaatkan rakyat keseluruhannya dan menjamin pertumbuhan mampan ekonomi negara.

Penganalisis RHB Research, Alexander Chia, berkata pembaharuan fiskal dan subsidi akan menjadi ujian terbesar kepada kerajaan perpaduan memperlihatkan kemampuan mereka bekerja secara bersama-sama.

Beliau berkata, kehadiran blok parti Borneo dalam pentadbiran baharu juga dilihat positif untuk program infrastruktur di Sabah dan Sarawak.

“Walaupun risiko politik domestik agak berkurangan selepas PRU15, pelabur terus menanti pembentukan Kabinet baharu dan pembentangan semula Bajet 2023.

“Kerajaan Perpaduan yang baharu perlu membuktikan keupayaannya untuk bekerjasama. Kami fikir subsidi dan pembaharuan fiskal akan menjadi ujian,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Mengenai tinjauan pasaran ke depan, Chia berkata, pelabur masih kekal menghadapi 2023 dengan berhati-hati.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa pelabur juga boleh mula meninjau secara aktif peluang untuk membangunkan kedudukan dalam jangka sederhana dan membeli saham ketika harganya lemah.

Katanya, satu lagi peningkatan dalam pasaran akan mengundang beberapa pengambilan untung jangka pendek.

“Namun, pelabur harus menumpukan semula kepada asas dengan keutamaan untuk saham bermodal besar,” katanya.

Chia berkata, pelabur sudah mula mengambil kira dalam jangkaan bahawa kadar pengetatan monetari sudah hampir mencapai kemuncak.

Beliau berkata, pihaknya juga berpandangan bahawa pendirian sifar-COVID China semakin tidak mampan.

“Lagi pendekatan pragmatik oleh kerajaan China untuk membendung COVID-19 akan memberi rangsangan utama kepada sentimen pelabur,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Research menasihatkan pelabur supaya mencari perlindungan dalam sektor yang dipacu domestik seperti perbankan, telekomunikasi, pengeluar kenderaan, peruncit pertengahan dan pembinaan, susulan kepercayaan bahawa Kerajaan Perpaduan akan menyokong perbelanjaan domestik di tengah-tengah ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat.

Firma penyelidikan itu berpandangan bahawa di bawah Kerajaan Perpaduan yang berasaskan model perkongsian kuasa, kecenderungan dasar sedia ada adalah dijangka kekal untuk sekurang-kurangnya jangka terdekat ini.

Katanya, ia termasuklah pendirian pro-perniagaan, perlindungan terhadap industri tempatan, perniagaan seperti biasa bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sokongan fiskal yang kukuh untuk ekonomi termasuk bantuan tunai serta subsidi makanan dan bahan api.

Mengulas mengenai kad laporan perolehan korporat bagi suku ketiga tahun 2022, Kenanga Research berkata firma tempatan mencatatkan keputusan kewangan yang memberangsangkan.

“Di satu pihak, syarikat-syarikat berkaitan pengguna menikmati permintaan tinggi apabila pandemik semakin reda dan kehidupan kembali kepada normal, manakala peserta minyak dan gas mendapat rangsangan daripada peningkatan tahap aktiviti.

“Sementara itu, inflasi tinggi yang merentasi seluruh ekonomi, menjejaskan syarikat yang mempunyai kuasa harga lemah,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Mahanum Abdul Aziz

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER