Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Senarai Kabinet Hampir Lengkap, PM Anwar Menghadap Agong Esok

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 8 pagi esok.

“Saya mohon maaf, terpaksa bergegas (untuk) selesaikan masalah (isu Kabinet) dengan semua komponen, kerana kita harus segera bentuk barisan jemaah menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya harap (barisan Kabinet) dapat diumum dalam masa dua, tiga hari lagi,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam ini.


Perjalanan majlis itu disiarkan secara langsung dalam laman Facebooknya.

Perdana Menteri dijadualkan ke Perak esok antara lain untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada pukul 10 pagi.

Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan kemudian solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER