Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Dua Bandar China Diasak Longgar Sekatan Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

SHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam.

Ini dibuat sehari selepas penunjuk perasaan di selatan Guangzhou bertempur dengan polis di tengah-tengah bantahan terhadap sekatan COVID-19 yang paling ketat di dunia.

Bantahan-bantahan itu, dianjurkan di Shanghai, Beijing dan kawasan lain pada hujung minggu lalu, menjadi medan pertunjukan bagi penentangan awam sejak Presiden Xi Jinping berkuasa pada 2012.

Bandar barat daya Chongqing kini akan membenarkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, yang memenuhi syarat-syarat tertentu, untuk menjalankan kuarantin di rumah, menurut seorang pegawai bandar.

Guangzhou, yang terletak berdekatan Hong Kong, juga mengumumkan pelonggaran pada sekatan pergerakan itu.

Namun dengan rekod bilangan kes jangkitan harian di China, usaha untuk menghentikan dasar sifar COVID-19 masih belum boleh direalisasikan.

Jinping menyifatkan dasar tersebut sebagai berjaya menyelamatkan banyak nyawa dan menganggap ia adalah antara pencapaian politiknya.

Selain pelonggaran sekatan pergerakan di Guangzhou dan Chongqing, pegawai di Zhengzhou – tapak di mana terletaknya kilang besar Foxconn yang membuat Apple mengumumkan penyambungan semula perniagaan secara teratur termasuk di pasar raya, gimnasium dan restoran.

COVID-19 terus merebak walaupun China mengasingkan diri daripada dunia dan meminta ratusan juta penduduknya supaya mematuhi syarat-syarat ujian serta pengasingan yang tidak berkesudahan.

Walaupun jumlah jangkitan dan kematian adalah rendah mengikut piawai sejagat, penganalisis berkata bahawa pembukaan semula sebelum meningkatkan kadar vaksinasi boleh membawa kepada penyakit dan kematian yang meluas.

Data pada Rabu lalu, menunjukkan aktiviti pengilangan dan perkhidmatan China untuk November mencatatkan bacaan terendah sejak Shanghai menjalani perintah berkurung selama dua bulan pada April lalu.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER