Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Dijadual Menghadap Sultan Perak Esok

Kongsikan Artikel Ini

IPOH, 1 Dis – Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar, 75, dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi dalam sesi yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudian akan menyertai sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Tanjung Rambutan bagi menzahirkan penghargaan kepada pengundi dan penyokongnya.

Perdana menteri juga akan melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi yang dalam proses untuk dibangunkan di Jalan Masjid di Kampung Masjid.

Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar raya, Anwar akan menyertai kenduri rakyat yang diadakan di situ sebelum pulang ke Putrajaya.

Anwar menawan kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 dengan majoriti 3,736 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau memperoleh 49,625 undi menewaskan penyandang, Ahmad Faizal Azumu daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 45,889 undi, selain Aminuddin Md Hanafiah daripada Barisan Nasional (BN) dengan 28,140 undi dan Abdul Rahim Tahir daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dengan 1,115 undi.

Anwar mengetuai PH yang menyaksikan gabungan KEADILAN, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan rakan sekutu MUDA memperoleh 82 kerusi pada PRU15.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER