Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Jepun Rancang Beli 500 Peluru Berpandu Krus

Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 30 Nov – Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan balas negara, lapor Sputnik.

Pada Rabu akhbar Jepun Yomiuri Shimbun memetik sumber kerajaan bahawa Tokyo sedang mengubah suai peluru berpandu permukaan-ke-kapal Jenis 12 untuk mengukuhkan keupayaan serangan balasnya dalam program pembangunan peluru berpandu tindak balas, yang akan membolehkan tentera Jepun mencapai sasaran di luar jangkauan pertahanan musuh, kata laporan itu.

Peluru berpandu baharu itu akan dibangunkan di bawah program peluru berpandu tindak balas sebagai pengganti sistem pertahanan peluru berpandu balistik darat AS Aegis Ashore, yang dihentikan penggunaannya oleh Jepun pada 2020 ekoran risiko serpihan peringkat atas jatuh di kawasan kediaman.

Pada Isnin Kementerian Pertahanan Jepun dilaporkan sedang menimbang untuk melengkapkan kapal selamnya dengan peluru berpandu jarak jauh untuk meningkatkan kapasiti serangan balas.

Kapal selam yang digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun tidak mudah dikesan dan jika dilengkapi peluru berpandu Jenis 12 yang diubah suai, mereka akan dapat membuat serangan ke atas pangkalan musuh dari luar jangkauan pertahanan mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 2 Feb – Pencarian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam mengesahkan tiada dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniDENPASAR, 2 Feb – Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas. Ketua Bahagian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSEOUL, 1 Feb – Korea Selatan dijangka melancarkan peluru berpandu balistik “berkuasa tinggi” baharu dalam masa terdekat, menurut sumber. Ia dilihat sebagai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 1 Feb – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghancurkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat ke Bumi menjelang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER