Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

DUN Negeri Sembilan Lulus Belanjawan RM550 Juta

Kessemua ADUN Negeri Sembilan bergambar selepas Belanjawan Negeri Sembilan 2023 diluluskan. Foto Ihsan Pejabat MB
Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta bagi membolehkan pentadbiran dan agenda pemulihan ekonomi dapat diteruskan.

Belanjawan Negeri Sembilan 2023 itu dibahaskan selama dua hari sejak Selasa lalu membabitkan 36 Ahli Dun di blok kerajaan dan pembangkang.

Belanjawan yang bertemakan Melunas Janji, Menggalas Harapan itu dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada petang Jumaat lalu.

Ia adalah belanjawan defisit RM100 juta, berikutan peruntukan sebanyak RM550 juta itu melebihi anggaran hasil sebanyak RM450 juta pada tahun berkenaan.

Aminuddin ketika membentangkan belanjawan itu menyatakan sebanyak RM130 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Beliau berkata, Belanjawan Negeri Sembilan itu menggariskan 64 inisiatif membabitkan sebanyak 42 inisiatif sedia ada yang dikekalkan dan ditambah baik dengan 22 inisiatif baharu yang diperkenalkan.

Katanya, ia memberi fokus kepada sembilan bidang tumpuan iaitu jaminan bekalan makanan, ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, adat dan pelancongan serta pentadbiran.

Dalam sesi penggulungan lewat petang tadi, Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menegaskan belanjawan itu dirangka secara menyeluruh dan inklusif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 31 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 30 Jan – Ringgit dibuka tinggi pagi ini meneruskan kenaikan bagi hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang mesyuarat Rizab Persekutan (Fed)...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER