Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Basmi Rasuah Dan Penyelewengan Jadi Teras Utama Kerajaan Perpaduan Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 30 Nov – Semenjak seminggu yang lalu, Malaysia mendapat berita baik dengan kemenangan HARAPAN disusuli pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Namun, memandangkan komposisi kerajaan gabungan yang diterajuinya, memang sukar baginya untuk melaksanakan agenda reformasi dengan berkesan tanpa rundingan yang berlarutan di kalangan gabungan-gabungan parti politik.

Dato’ Seri Anwar bakal menghadapi banyak cabaran dalam usahanya untuk merangka dasar yang akan memenuhi tuntutan pelbagai kumpulan, parti politik dan desakan inflasi dalam kerajaan yang diterajuinya ini.


Walau bagaimanapun, isu yang yang paling sukar dihadapi Malaysia hari ini adalah gejala rasuah kerana ia wujud di setiap peringkat, tidak kira umur, bangsa dan latar belakang.

Pada 28hb November 2022, Dato’ Seri Anwar mengumumkan inisiatif untuk menolak sebarang kelulusan perolehan projek tanpa tender di bawah pimpinan beliau. Dalam kenyataan beliau yang ringkas tetapi bernada serius, DSAI telah menegaskan:

“Soal perolehan soal kelulusan tanpa tender ini semua tak boleh lagi dah. Tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.

“Ini harus berlaku di semua peringkat, maka untuk peringkat awal, saya menyeru semua untuk bersama dalam pasukan ini, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita mengangkat semula (imej negara),” katanya selepas perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Dalam masa yang singkat, komen dan perkongsian pautan melonjak; usaha ini dialu-alukan oleh warga netizen.

Isu ketirisan perbelanjaan dana kerajaan telah menjadi topik hangat sekian lama. Setiap tahun, pasti ada laporan audit negara berkenaan masalah penyelewengan dan pengagihan projek tanpa tender, meskipun negara kita sepatutnya mempunyai undang-undang dan system pemantuan seperti sistem e-perolehan yang wujud semenjak 1999.

Namun, ketirisan perbelanjaan sering dikaitkan dengan amalan rasuah yang kini berada di tahap yang membimbangkan. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2021 telah mencecah kepada kedudukan 62, berbanding dengan 57 tahun sebelumnya.

Ia telah mencetuskan skala yang membahayakan, walaupun terdapat teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) dan amaran daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Segala bentuk aktiviti ekonomi negara terbantut dalam tempoh pandemik, tetapi perbelanjaan yang besar tetap diteruskan tanpa adanya ‘check and balance’ berkesan dan amaran demi amaran diendahkan.

Perolehan kerajaan untuk projek, merupakan bidang perniagaan yang amat terdedah terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Senantiasa, pemberi dan penerima, yang terdiri daripada pegawai kerajaan (dan mantan perdana Menteri) berdepan risiko terlibat dengan jenayah serius ini. Malaysia terus merosot di mata dunia tetapi pada masa yang sama, Indonesia dan China di bawah pimpinan Jokowi dan Xi Jin Ping berjaya melancarkan tindakan progresif dalam membasmi rasuah.


Tidak disangkal lagi, PM 10 sedang bergerak ke arah itu bukan sahaja mahu mengembalikan maruah negara yang tercalar ekoran deretan skandal demi skandal, malah memulihkan keyakinan rakyat dan negara luar terhadap kemampuan negara keluar dari krisis ekonomi dan sosial yang membelenggu puluhan tahun.

Cabaran untuk PM 10 dalam agenda reformasi sudah pasti akan menghadapi kesukaran dalam mempamerkan imej Malaysia yang bersih, inklusif dan bebas rasuah. Sebelum PRU15, isu LCS dan perbelanjaan RM600 bilion pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memenuhi ruang maya. Terdahulu sebelum ini, isu 1MDB juga meletakkan Malaysia di pentas dunia.

Pada hari ke-5 menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar telah menunjukkan tekad untuk membasmi penyelewangan sebagai teras utama pentadbiran Kerajaan Perpaduan Malaysia. Saya ingin melihat Malaysia yang lebih berjaya di bawah pentadbirannya yang telah dirosakkan sejak sekian lama.

Sekiranya Dato’ Seri diberi peluang sehingga penggal penuh pentadbirannya, pasti ia boleh menjadi kenyataan.

Salam Malaysia Baru 2022!

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Media Rania. Harap maklum

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER